I-Bhd labur RM50 juta

I-Bhd, pemaju bersepadu berasaskan ICT melabur RM50 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menyediakan lebih banyak tarikan di i-City, bandar berasaskan teknologi di Lembah Klang untuk pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Datuk Eu Hong Chew berkata, syarikat itu melabur RM20 juta untuk membangunkan elemen pelancongan (hartanah dan tarikan) dan setiap pelaburan dijangka mempunyai tempoh pulangan balik lima hingga enam tahun.

Pelaburan ini yang berbeza daripada pelaburan pembangunan hartanah, dijangka meningkatkan nilai i-City.
“Objektif ini untuk menjadikan hartanah itu sebagai tarikan utama dan setiap tarikan akan menjana pendapatan mencukupi untuk pelaburan semua,” katanya selepas melawat beberapa tarikan utama Korea Selatan.