Kenal pasti kredibiliti perunding hartanah elak tertipu

KREDIBILITI perunding hartanah ketika membuat sebarang urusan jual beli adalah kriteria penting yang perlu diambil kira bagi mengelakkan berlakunya sebarang kes penipuan.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan hartanah dalam talian, iProperty.com, Shaun Di Gregorio berkata, peringatan ini penting terutama sekali bagi pembeli yang pertama kali membuat urusan jual beli.

“Proses jual beli hartanah adalah sukar dan meletihkan, oleh itu ramai yang menggunakan khidmat ejen hartanah bagi meringankan semua urusan dari sudut mencari pelanggan hingga urusan dokumentasi dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kerana tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman serta kegagalan mengenali reputasi ejen hartanah menyebabkan ada yang terpedaya menyebabkan berlakunya penipuan,” katanya.

Shaun berkata, bagi mengelak berlaku kes seperti itu, setiap ejen hartanah yang menggunakan laman webnya perlu didaftarkan dan dikenakan caj tertentu.

“Sehingga kini iProperty.com mengendalikan kira-kira 6,000 ejen hartanah seluruh negara yang berdaftar,” katanya.