HAMIZUN (kanan) berbincang dengan sebahagian pembeli rumah sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
Desak siasat lelaki menyamar pegawai MB ambil deposit RM1.5 juta
PUTRAJAYA: Sekumpulan pembeli rumah kos rendah di Taman Harmoni, Balakong; Taman Cheras Intan, Cheras; Taman Mulia, Selayang dan Taman Botanik, Klang yang mendakwa ditipu lelaki menyamar pegawai di pejabat Menteri Besar, melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat masalah terbabit.

“Tempoh dua minggu diperlukan bagi menyiasat semua bukti penyelewengan berdasarkan laporan pembeli dan kita berharap satu siasatan telus dapat dilaksana,” katanya di sini, semalam.
Berita Harian sebelum ini menyiarkan keluhan 686 pembeli rumah kos rendah melalui skim kerajaan negeri yang ditipu selepas lelaki diharapkan lesap, sekali gus membebankan kebanyakan pembeli berpendapatan rendah.
Ada yang mengeluarkan simpanan untuk membayar wang pendahuluan tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah mengikut sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Wakil pembeli, Azlan Lam, 37, yang dijanjikan unit rumah di Taman Harmoni, Balakong, berkata pihaknya mempercayai ketelusan siasatan SPRM yang berjaya menyelesaikan masalah sama.